Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Wahai Penghilang bagi segala kerisauan
Wahai Penghilang bagi segala penderitaan
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih di dunia
dan di akhirat serta Penyayang di kedua-duanya (dunia dan akhirat)
Selawat ke atas Muhammad s.’a.w.
Dan ahli keluarganya ‘a.hum.s.
Hilanglah kerisauanku
Lepaskanlah penderitaanku

Wahai Yang Maha Esa
Wahai Yang Satu
Wahai Tempat Bergantung
Wahai yang tiada beranak dan tidak diperanakkan
Wahai yang tidak menyerupai dengan segala sesuatu.
Peliharalah daku
Sucikanlah daku
Hilangkanlah keresahanku
(hayati ayat Al-Kursi, surah Al-Falaq dan surah An-Nas)

Oh Tuhan
Sesungguhnya daku memohon padaMu permohonan orang yang
Sangat memerlukan, yang lemah kekuatannya,
yang banyak dosa-dosanya.

Permohonan orang yang tiada pembantu bagi keperluannya, tiada
penguat terhadap kelemahannya, tiada pengampun pada dosanya,
kecuali Dikau (ya Allah) Ya Zal-Jalali wa’l-Ikram.

Daku mohon padaMu
Satu amalan yang Dikau cintai sesiapa yang melakukannya,
satu keyakinan yang Dikau dapat memenafaatkan sesiapa yang
meyakini dengan sebenar-benarnya dalam melaksanakan perintahMu.

Wahai Tuhan
Selawat ke atas Muhammad s.a.w.
dan Keluarga Muhammad ‘a.hum.s..
Peganglah ruhku dengan kebenaran,
Padamkan keinginanku pada dunia,
Jadikan kegemaranku kepada apa yang ada padaMu,
rindu pada pertemuan denganMu
Kurniakanlah daku kebenaran bertawakkal kepadaMu.

Daku memohon padaMu dari sebaik-baik yang tertulis
dan yang tersedia
Daku berlindung denganMu dari sejahat-jahat yang tertulis
dan tersedia.

Daku mohon padaMu ketakutan
orang-orang beribadat untukMu,
pengabdian orang-orang yang khusyuk untukMu,
keyakinan orang-orang yang bertawakkal ke atas Mu,
tawakkal orang-orang yang beriman kepadaMu.

Wahai Tuhan
Jadikan keinginan pada permintaaanku sebagaimana permintaan
wali-waliMu (awliya’ Allah iaitu para Nabi, as-sidiqin,
as-shuhada’ dan as-salihin ‘a.hum.s.) pada permintaan mereka.
Ketakutanku sebagaimana ketakutan wali-waliMu.
Pergunakanlah daku dengan amalan-amalan dalam
keredhaanMu, dimana daku tidak meninggalkan sebarang perkara dari
agamaMu hanya kerana takutkan makhlukMu.


Wahai Tuhan, Inilah hajatku:
Jadikan keinginanku padanya besar
Nyatakan keuzuranku padanya besar
Pertemukan hajatku dan afiatkan jasadku padanya.

Ya Allah
Sesiapa sahaja – sejak pagi-pagi lagi berkeyakinan
atau berharap selain daripadaMu – maka daku juga berpagi-pagi
(yang terawal-awal) dan Dikaulah keyakinanku dan harapanku pada
setiap perkara.
Maka kurniakanlah untukku sebaik-baik hasilan, selamatkan daku
dari kesesatan fitnah dengan hamparan rahmatMu,
Wahai Yang Maha Penyayang dari segala penyayang
Selawat dari Allah ke atas penghulu kita Muhammad Rasul Allah
Yang Suci dan keluarga baginda yang suci.

Amin…

“… Hanya dengan mengingati Allah (‘Azza WajallaB), hati menjadi tenteram (tenang).”
(Maksud Al-Qur’an 13:28)